Isnin, 27 April 2009

Napa Banyak Sangat???

Adakah korang perasan yang entri yang terhasil dalam sejak dua menjak nie boleh dikatakan 'banyak'.Apakah yang berlaku sehingga boleh tercetusnya sebilangan idea sebagaimana terpancutnya lahar dari kawah gunung berapi???Semestinya syukur dipanjatkan pada tuhan kerana menyalurkan ilham untuk berkarya walaupun tangan ini agak kekok dan keras,namun jawapan yang lebih pada 'sabab dan musabab'nya ialah lapangnya masa dan ketiadaan benda berfaedah untuk dilakukan.Berbalik pada entri yang lalu iaitu Sinar Harapan,walaupun saya tahu anda tidak terlintas untuk bertanya namun dengan selamber dan muka control machonya saya menjawab saya sudah lulus dalam peperiksaan wiring walaupun dengan markah kesian.(janji saya lulus,hehehehe).

Jadi ini adalah beberapa keping gambar yang sempat diambil sebagai kenang-kenangan kami bersama walaupun tak semua muka yang interframe. Setelah tiga bulan mengharungi kekacauan jiwa,mengadap daun terup bermain pakau,berluka sana sini bermain wayar,saling caci memaki hamun,berebut-rebut makanan,mengutuk mengata dan sebagainya.Thanks suma,mintak halal makan minum kredit spare-part dan terima kasih atas tunjuk ajar yang diberikan.

Silau mata den



Ketua asrama dan lagu kegemarannya

Jangan la cakap kuat2





Sedikit video untuk tontonan,hehehe...jangan saman saya ye,saya orang susah.....


Aktiviti Di Dalam Kelas


Nak Tahu Rahsia????

Ada satu bahagian pada perempuan yang sangatlah peka bila disentuh oleh lelaki.Kerana bahagian itu hanya untuk lelaki yang cukup umur dan bahagian itu mampu membuat perempuan mabuk kepayang dimabuk asmara.

Dimanakah bahagian itu?Mahukah kau tahu???Klik sini ..

Ahad, 26 April 2009

Santai Sebentar...(credit to N-click untuk pictures and entri ini spesel buat anda)

Hujan turun dengan lebatnya ketika saya dan seorang kawan tiba di Anugerah Damai,rumah salah seorang kawan kami yang terletak di Jitra tetapi saya tak boleh menerangkan lagi secara spesifik kerana keadaan hari yang semakin gelap dan cuaca yang muram.(takziah kepada saudara saya yang tinggal di Anugerah Damai atas pemergian ayahandanya tercinta; Al-Fatihah.).Kami singgah di situ kerana ingin menuntut sekeping kertas berwarna kuning keemasan yang menjadi kayu ukur akan kebolehan seseorang pada zaman sekarang.(lu pikir la sendiri pe benda tuh).Sedang kami berbual di ruang tamu,tiba-tiba terpacul dari mulut salah seorang daripada kami cadangan untuk pergi berkelah. Saya sebagai musafir pada waktu itu tidak memberikan sebarang keputusan kerana perjalanan saya agak terbatas ketika berada di 'bumi asing' yang suatu ketika dulu saya amat arif tentang pelan dan koordinasinya. Maka kami memutuskan untuk ke pusat peranginan yang terletak di Yan, iaitu Titi Hayun.

Setelah panjang bermukadimah,maka da tak larat nak tulih ayat skema.(hehehehe......).Kiranya trip ke Kedah kali nie tidak membosankan walaupun hati agak sedikit terguris pada mulanya.(syhhh.... itu rahsia dan mungkin akan diulas pada entri yang mendatang).Antara yang terlibat dalam ekspedisi ini ialah,Sifu addmath,Irfan.Tuan YB,Harith,N-click,Zuhail,Firdaus dan Muaz. Walaupun pada perancangannya lebih ramai yang akan turut serta,tetapi atas kesulitan yang tak dapat dielakkan,Hanya yang dinyatakan di atas sahaja yang meneruskan misi dengan menaiki kenderaan MP-V Toyota Avanza(credits to Irfan n his father sebab sponsor kereta untuk trip nie,walaupun berlaku perkara yang tak diingini pada penghujung perjalanan.Irfan jangan serik ye!!!)Disertakan beberapa foto yang diambil oleh Harith dan Muaz yang lambat berkubang kerana asyik melayan keindahan panorama sekeliling.

Walaupun 'Twisties' menghiasi foto,diingatkan tiada penajaan yang dilakukan oleh syarikat makanan ringan tersebut

Oppp...jangan 'tetomoih' sudah



kesejukan air menjadikan medulla oblongata dan kawasan sekitarnya tak berfungsi dengan baik menyebabkan berlakunya pergerakan di luar kawalan apabila terkena pancaran flash kamera


Walau apapon yang berlaku,posing tetap posing.
Ps:Terkejut beruk kami apabila kenderaan yang kami naiki mengalami masalah di tengah jalan,ditambah dengan hujan lebat dan yang paling tak tahan ialah,kelihatan beberapa orang pelajar sekolah yang bertudung labuh sedang tersenyum-senyum malu.Dalam hati aku tertanya-tanya"diorang senyum kat aku ke???"

Sabtu, 25 April 2009

Pilu Hatiku...

Setelah sakit hati dan jari jemari memetik tali-tali gitar yang menyumbangkan irama membingitkan suasana rumah,saya rasa saya memerlukan rehat.Baru sebentar tadi saya tune gitar menggunakan tuner(saya budak baru jadi tak pandai untuk tune gitar guna telinga) namun gubahan lagu yang terhasil amat menyerabutkan otak(Ya tuhan berilah aku kekuatan untuk mempelajari cabang seni ini).Seperti yang tertera pada moto page ini,memang saya hanya layak bergelar pencinta seni dari menjadi orang seni kerana kemampuanku tak seberapa even untuk mencapai tahap bayang orang-orang seni pun belum tentu.Macam langit dan bumi.Jadi saya pon melayari laman web pilihan ramai,Youtube untuk mencari ketenangan dan ilham. Al-kisahnya saya ingin berkongsi lagu tersebut dengan anda. Maaf jika anda perasan yang saya sering dan mungkin akan memutarkan lagu Retro dalam beberapa entri,ini kerana saya meminati lagu yang bukan pada zaman saya.Saya juga susah untuk meminati sesebuah lagu baru tapi ini tak bermakna saya tak mengikuti perkembangan industri musik kini.Jadi layan aje lah apa yang disajikan;

Hanya Segenggam Setia

Jumaat, 24 April 2009

Selagi ada rindu....


Sebentar tadi sewaktu mata masih lagi kuyu kerana baru bangun tidor,tangan menggapai alat kawalan jauh televisyen lalu menekan punat no 9.Tertera gambar seorang lelaki sedang menyanyikan lagu Cinta Pantai Merdeka,Ya aku kenal dia.Dia amat dikenali dengan panggilan Pak long yang menyanyikan lagu Selagi Ada Rindu(berapa lama asyik dengar lagu nie berulang-ulang kali dulu) dan pencipta lagu Cinta Pantai Merdeka dan Al-Jannah nyanyian Mawi.Kemudian setelah lagu berkumandang,kamera segera difokuskan kembali kepada Aziz Desa dan beliau menceritakan serba sedikit latar belakang Pak Long.Dan lebih mengejutkan dia adalah Ex-Maahadian(sori la aku memang bersemangat bab-bab sekolah nie).Tak sangka aku Maahadian ada yang berjaya dalam seni suara nie,maksud aku dalam aliran selain nasyid.Over all,Wish U all Da Best Pak Long!!!!!!!!!



Khamis, 23 April 2009

I WEAR THESE
1. Copy title kat atas tu.
2. Buat satu sedikit "kenyataan" tentang "Outfit" kegemaran korang,macam pendahuluan.
3. Cari "Outfit" kegemaran korang kat "Google Image Search"
4. Tak kire la ape segala occasion yang korang suke pakai macam gi party ke, gig ke, berak ke.
5. segale pakaian mestilah start dari kepale hingge ke kaki.tak kire la brape banyak pon. accessories pon boleh,yang rare,mane-mane pon boleh.janji termasuk dalam kategori pakaian.
6. letak caption kat setiap gambar.macam brand ke,lagi best kalo ngan harge skali.
7. lastly,buat kesimpulan tentang outfit favourite korang.lantaklah kalau korang ni perasan ke.
8. pedajal 6 orang member korang dengan menge"tag" mereka.=D

Saya seorang yang simple jadi tak memilih dalam berpakaian,actually tak ambil kisah pon ape yang saya pakai.Selalu kat rumah saya cuma pakai Pagoda t shirt,kain dan short.kalau keluar cuma pakai roundneck atau collar,atau kemeja,seluar pula slack or track bottom dan kekadang jean.Lebih senang memakai selipar,tapi kekadang dipaksa pakai kasut.

Nie feveret nie sebab serba guna.selain daripada dipakai,boleh juga digunakan dalam permainan tuju selipar.


Jean aku x penah beli,cuma buat muka seposen mintak dekat bapak-bapak menakan aku,jimat-jimat.

Kena tagged lagi..

ATTENTION*
Once you've been tagged you are supposed to write a note with 16 random things, facts, habits or goals about you.* At the end, choose 16 people to be tagged.* You have to tag the person who tagged you* If I tagged you, it's because I want to know more about you.
-Akuh Budak lelaki(of course)
-Aku suka low-profile(btol,sumpah tak tipu)
-Aku minat giler kat Ujang,Tembakau,Aie,Zint,alif firdaus aziz dan ramai lagi
-aku minat giler ngan kartun
-aku obses ngan ultraman
-aku juga obses ngan kamen rider
-aku minat giler ngan usop sontorian
-aku pemalu depan pompuan
-aku suka men tuju selipar
-x lupa juga aku suka men congkak dan lelayang
-aku penah kurus dulu(tolong la percaya)
-aku nampak 10 tahun lebih tua dari usia(kenapa Waaa!!!!)
-aku makan kalau tension
-aku da gitar tapi tak gheti men(T.T)
-nama aku dalam blog adalah bonzai
-aku dikategorikan sebagai tak cukup inch
haaa....suma da diberi tahu,sekarang nak tagged,sesapa saja yang rasa nak jawap.Jawap la seikhlas hati macam akuh!!!!

Menyahut Tagged Saudaraku...

1.Apakah benda paling penting dalam hidup kamu?
(Berapa banyak nak nie??)
Hmmm....Keluarga dan kengkawan kowt,entahlah.

2.Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan duit sendiri?
ape ek???haa goreng pisang kat depan taman.RM3 ringgit 2.

3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
Teringin nak berbulan madu di Jeddah,tap mahal gila kowt nak kena menabung dari sekarang nie

4.Berapa lama hubungan kamu berkekalan?
Kata Fahrin Ahmad dalam citer apa ntah:"Cinta kita CINTA MATI"

5.Adakah kamu dilamun cinta?
Of course,intaku padanya tak pernah malap wahai gitarku....

6. Di manakah restoran terakhir kamu makan malam?
Restoran Mee Bandung Muar tapi dekat simpang pulai je,hehehe

7.Namakan buku terakhir yang kamu beli?
Komik dikira jugak ke???KIJIYA karya zint

8.Apakah nama penuh kamu?
nama pendek: Nafis,Nama panjang:Nafiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiis
Nama penuh:Muhammad Nafis

9.Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
Senang?hmmm.......pass

10.Namakan seseorang yang kamu ingin berjumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
Orang yang tercipta untukku,bakal bidadari ku di sini dan juga mungkin di sana....

11.Sebutkan 7 sabahat PALING rapat dengan anda?
Thohier
Pidot
Syafiq
Muhaimin
Aznizam
Hadi
Luqman
nak sebut lagi,mana cukup 7 org!!!!

12.Adakah kamu mencuci pakaian kamu sendiri?
Abeh 2 bibik yang datang dari jepun nie nak letak mana???

13.Tempat yg paling seronok kamu mahu pergi
Aku suka ke Cameron Highland,ntah kenapa???

14.5 perkara tentang org yang tag kamu
Lelaki
satu kelas dulu
ada mak yang pandai masak
skol kat Ksah then Asis
pandai men gitar(Ajar la aku bro *-*)

15. tag 5 orang
Kesian kat org len
perlu ka
Kalau x nak
okla2
penulis blog Bond dan suarakukini

PS:akhirnya terjawab sudah tagged korang,len kali tagged la lagi macam best plak,heheheh

Selasa, 21 April 2009

Menyusun sepuluh jari...

Merujuk entri yang lalu,minta maaf kerana melibatkan sesuatu yang peribadi kepada anda pembaca. Entri tersebut dilakukan dalam keadaan emosi kacau bilau disebabkan oleh berbagai-bagai perkara yang menimpa sejak akhir-akhir ini.

Juga saya ingin meminta maaf kerana tiada entri baru yang dihasilkan kerana saya dalam proses pembelajaran dalam dunia "blog" ini. Selain itu saya juga maseh mencari identiti yang tersendiri serta konsep yang sesuai untuk berkarya dalam medium yang menjadi kegilaan ramai,seperti mana yang anda maklum,entri yang dihasilkan banyak menyimpang dari konsep asal page ini.
jadi,saya perlukan mas auntuk mencari kekuatan dan ketenangan diri di samping menghasilkan karya-karya yang memberikan manfaat pada kita semua.Akhirul kalam,sila beri pendapat anda tentang kekurangan dan kelemahan yang perlu diperbaiki dan cadangan serta kritikan yang membina bagi saya meneruskan perjuangan.

Salam Dariku

BONZAI

Rabu, 15 April 2009

Tahniah buat anda....

Dalam kesempatan ini,aku,NAFIS aka BONZAI ingin mengucapkan kepada orang yang bertuah tersebut dan pasangannya:

-Tahniah sebab berjaya mendahului aku,dua bulan awal plak 2.
-Tahniah sebab aku mencuba selama hampir nak masuk tujuh tahun tapi kamu lain ceritanya

-Tahniah sebab menghancur bekecaikan hati aku
-Tahniah sebab bagi aku rasa kali pertama macam mana frust
-Tahniah sebab bagi aku tak boleh tidor sepanjang malam
-Tahniah sebab bagi mata aku bengkak
-Tahniah sebab bagi aku sedar sapa di aku
-Tahniah sebab meleburkan segala memori indah aku
-Tahniah kerana membuatkan aku percaya pada harapan palsu selama ini
-Tahniah dan terima kasih atas segalanya

dan akhir sekali....

-Tahniah buat anda berdua,semoga panjang umur murah rezeki,aku doa korunk bahagia dan selamat tinggal....


Ikhlas dari Sang Setia Yang Buta Pancainderanya,

BONZAI


PS:time2 macam nie membuatkan aku rindu pada SKL strawberi.Afifi nak pau sebatang......

Ahad, 12 April 2009

Men at work

Sori guys lama x update.da perubahan skit dalam blog nie yang nak dibuat dari segi konsep and tema.tapi tuan punya blog terlalu la sibuk dengan nak tgok tv,baca komik,menconteng dan juga menyumbangkan lagu.
hope suma bley tunggu.
ok bye......

Isnin, 6 April 2009

DALAm HatI Aku



satu lagi Contengan yang menunjukkan kekacauan jiwa.

Sabtu, 4 April 2009

Aku adalah k***












Dengan nama Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.





Doa azimat dilafaz, langkah diatur,pencak dibuka.pesanan guru menjadi tangkal dikala badai menghempas bahtera."Padamkan amarah dan dendammu,kerna dendam itu bara dan marah itu api. Kedua itu senjata musuhmu yang nyata".





Kalian yang menyelam dalam sanubariku,bersedialah kalian untuk melihat kembali kegemilangan sejarah silam. Bukalah deria keenam yang mengangkatmu menjadi makhluk yang paling dimuliakan di langit dan bumi. Bagaimana orang tuamu dulu menjadi tuan,memiliki harta melimpah ruah tak habis dimakan. Hanya kerana leka sedetik seluruh kampung tergadai.





Pasti ada yang menyalahkan nama,yang menjadi doa oleh syafawi setiap masa.Maaf jawapannya tiada padaku,malahan tiada siapa yang tahu. Mungkin sahaja tarikh yang bersandiwara,yang dibaitkan oleh penyair yang munafik.





Aku ingin menjawab persoalan yang ada di benakmu.Siapa sebenarnya aku?Aku adalah kamu dan kamu adalah aku.Yang sentiasa lupakan akan tingginya langit sedangkan sentiasa sujud menghadap kiblat yang satu.Kerna kau dan aku adalah satu.

Ahad, 22 Mac 2009

Takkan sirna dari ingatan ku.....




Seperti yang dapat dilihat dalam gambar di atas, kehadiran tetamu undangan ke majlis makan malam 5 Abu Bakar 2008 mmg kurang memuaskan tetapi suasana di sana tak kurang meriahnya.(cukup ayat skema takat tuh...)

Makan malam nie dirancang dalam keadaan last minute sebab terfikirkan nasib duit kelas yang bagaikan PSP dihijung bucu meja dalam tangan bendahari maka jawatankuasa kelas pown lantas mencari jalan alternatif untuk memperhabiskan semuanya.Ternyata benar kata peribahasa mat salleh"last minute makes perfect",majlis ini telah berjalan dengan lancar dan menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh ISO. Dengan kehadiran beberapa muallim dan muallimah,dan diserikan lagi dengan kehadiran dua beradik yang menjadi MC pada malam itu(jangan saman saya ye,saya orang susah,hehehe) kelihatan semua tetamu terhibur dengan majlis yang dianjurkan.



MC yang petah mengungkapkan bait indah,Hardy n Pqah



Reaksi Pelajar Banin dan Banat yang sempat diambil






Berposing sakan bersama ayahanda mudir terchenta



Di sini saya sertakan komen-komen daripada tetamu yang hadir di majlis tersebut.
Encik Izhar seorang tetamu merangkap penghibur di majlis malam itu berkata:" Saya patut mendapat royalti yang lebih sebab memberikan tepukan yang paling gemuruh dalam kalangan tetamu yang hadir".Encik mat pula enggan untuk ditemuramah kerana katanya beliau sudah terlewat untuk menonton rancangan kegemarannya di televisyen manakala Encik Affendi lantas tesenyum sambil mengangkat cawan yang diberikan dan berkata:"Yea2 cawan aku yng paling cantek".Terima kasih kepada anda semua yang memberikan kerjasama dalam sesi menemuramah ini dan sebagai kenang-kenangan penulis telah bergambar dengan mereka bertiga.










Rabu, 18 Mac 2009

Meja Sapa La nie???




Maka di sini jelas la favourite author aku ialah Ramlee Awang Murshid dan kartunis yang aku minati ialah Tembakau.tu la satu-satunya ghertaaku yang berharga,T250i,heheheehe. Pasal majalah tu jagan salah anggap. Ni gambar tahun lepas sebab tu la ada kalkulator skali atas meja.

H.A.C.K.S










Kereta Honda civic meluncur dengan lajunya di atas jalan raya selepas lampu isyarat bertukar warna melintasi Medan Gopeng,stesen bas ekspress yang setiasa sibuk dengan kebanjiran bas yang tiba dari utara dan selatan tanah air. Lidahku ligat memutar- mutar cokelat yang aku kemam di dalam mulut sambil tanganku membelek-belek plastik cokelat itu. Hmm....H.A.C.K.S. antara huruf rumi yang tertera atasnya. Bagai lampu filamen berkuasa 100W bernyala di atas kepala, aku lantas mengeluarkan Sony Ericsson T250i ku dan menekan punat kamera untuk menangkap gambar.


Setelah tepat posisi,maka satu karya seni telah tercipta(walaupun tak cantik ). Tanpa memikirkan kesan dan akibat yang akan berlaku, aku menghantar gambar tersebut melalui picture message kepada seseorang yang bernama Nurul yang sedia ada namanya ku abadikan dalam talifon bimbitku. Harapannya satu agar dia paham akan maksud aku yang selama ini ikhlas dan aku pasti dengan keputusan aku. Ya, hampir 11 tahun aku menunggu jawapan dan dalam tempoh itu juga aku memendam rasa yang menyesakkan dada.Bak kata orang mat salleh,crush la. Terlalu lama aku menunggu jawapan dan terlalu lama juga aku bermain perasaan. Kini aku ibarat Aryon yang cinta gila akan si Kartini, sehingga sanggup menghasilkan karya agung untuk mengabadikan Kartini sebagaimana mana dilakukan oleh Shah Jahan kepada Mumtaznya.



Setelah tiba di rumah,sekujur tubuh longlai aku hempaskan atas katil yang bersaiz sederhana. Letih betul seharian memerah otak dan keringat dalam mengejar ilmu dan kemahiran yang yang akan menjadi bekalan pada masa hadapan.(harap semua orang tahu apa aku lakukan sekarang,sila lihat entri sinar harapan). Aku mengerling ke arah skrin talifon bimbitku. Hampa. Tiada balasan yang aku terima. Mataku tertumpu pada siling sambil akalku ditujah oleh beribu-ribu persoalan yang tak mampu aku jawab.Akhirnya aku teringat macam mana semua ini bermula.......lebih kurang 10 tahun yang lalu..........
PS: Nantikan kemunculan kisah cinta lagenda antara Aryon dan Kartini dalam Kartini yang telah dicetak semula.untuk mengikuti perkembangan En Aryon klik sini.

Khamis, 26 Februari 2009

Layan Jer Lagu nie

Korank paham tak???gasak la paham ker tak,yang penting dia punya clip bleh layan la gak,hehehehehe....

Rabu, 25 Februari 2009

Sempoi Betol

Seorang lelaki Dallas yang menurut polis mabuk seharian, sebelum memaksa anak lelakinya berusia 6 tahun menembaknya di kepala.Mati akibat kecederaannya semalam, lapor jurucakap hospital. Ronald Moore 42 ditembak di kepala ,Pada hari Easter Ahad laluApabila dia mengarahkan budak itu mengacu pistol.22 ke kepalanya dan menarik picunya, kata polis Dallas. Keluarga lelaki itu memberitahu polis, Moore menjadi kecewa
dan agresif, selepas meminum arak vodka hampir seharian, budak lelaki itu dan abangnya berusia 11 tahun sedang bermain di rumah Apabila Moore mendekati mereka, nama kanak-kanak itu tidak didedahkan.
Dengar kata lagu nie diambil dari keratan akhbar. Kalau betul la cita nie,senang la kalau nak wat lirik,Sempoi sungguh.
PS: Cerita nie diperolehi dari sumber yang tak pasti kalau ada sesiapa yang tahu cerita sebenar gitau la.


Ahad, 22 Februari 2009

Oooo...Di bulan Februari......

Entri kali nie dikategorikan dalam isu semasa,sebab tentang bulan Feb.Actually ramai orang birthday bulan nie.tap aku sampai tak menang tangan untuk ucapkan kepada korang(alasan yang tak kukuh,hehehehe).Sori OK.So ini khas untuk korang.Ibuku tercinta,kekawan aku Thohier,Badrul,Syuhada,Syed dan suma yang lahir dalam bulan nie.SELAMAT HARI LAHIR.....

Ps: Kek tu kerat la sorang sikit,hehehehe....

Sinar Harapan......

Sementara tengah tunggu keputusan periksa, ramai kawan-kawan aku yang ambik keputusan untuk bekerja.Tapi aku dengan selambernya pergi sambung belajar lagi,kursus kemahiran plak tu. Geng aku da juga tanya "Dah tak sabar-sabar nak pi sekolah balik ka???" sebab klas nie pown 5 kali sehari(mmg macam skolah jugak jadinya) dan dianjurkan oleh CIDB di Institut Pentadbiaran Bitara,Ipoh.

Awal-awal nak apply kelas nie saspen gak la sebab aku memang tak de pengalaman langsung bab2 letrik nie,habis tau pown tukar tiup lampu kalimantang jer(hehehehe).Tapi lepas sebulan blajar kat sini dan telah buat beberapa projek baru aku sedar,Dalam wiring nie tersirat seribu satu hikmah untuk orang yang nak berfikir.

Dengan wayar yang memang menyerabutkan pala otak,memang terbakar jugak hati aku(actually aku nie *perongoih skit orgnya).Mau tak mau terpaksa jugak aku 'menyabarkan' diri. Nampak macam senang,tapi kalau tak belajar cara betul memang susah. Kat sini jugak kami hidup macam satu keluarga yang besar,saling menolong dan bekerjasama(benda yang paling penting sekali dalam rancangan Wonderpet,hehehehe).Letih dan panas jadi permainan kami untuk siapkan kerja.Dan yang paling sempoi ialah penamatnya,iaitu bila projek diuji.Setiap kali mentol tu menyala,cahayanya bagaikan SINAR HARAPAN untuk aku meneruskan projek aku yang seterusnya lantas melenyapkan segala resah dan lelah.Macam tu jugak lah kehidupan kita, langit tak sentiasa mendung.......

*Panas Baran dalam loghat utara semenanjung

Selasa, 17 Februari 2009

Seiring dan Sejalan

Sketsa yang berlaku dalam kehidupan, namun semakin berkurangan sejak pendedahan tentang hukum sambutannya. Alhamdulillah kebanyakkan stesen tv sudah tidak memberi penekanan dalam menyambut sambutan ini

Tapi ada juga stesen televisyen yang masih tak makan saman.Jadi untuk menghilangkan istilah ini dalam kehidupan masyarakat kita, mereka sepatutnya tidak memfokuskan langsung pasal sambutan ini sebagai mana beberapa sambutan perayaan yang tidak dihighlightkan oleh media(pikir la sendiri,da banyak la jugak).Seharusnya stesen tv kita hendaklah seiring dan sejalan dengan prinsip negara kita yang menjadikan agama Islam sebagai teras dalam pentadbiran(ye ker negara kita macam 2???). Jadi seiring sejalan kah kita????

Ps: teringat nyanyian kartunis Jackall dalam telemovie isu bumper posa,heheheheh...)



Ahad, 15 Februari 2009

14 FEBRUARI...Anda mampu mengubahnya!

14 Februari 2009,Dalam kelas 4 Ikhlas.

murid 1: Eh,hari nie 14 haribulan februari kan??

murid 2: Ye la,napa hang nampak excited nie???

murid 1: Hang tau tak ari nie hari apa???

murid 2: Tau! Hari kejatuhan kerajaan Islam di Cordova.

murid 1: Erk.....(lidah terkelu)


14 Feb memang ditunggu-tunggu setiap tahun kerana kononnya hari inilah merupakan hari kekasih. Hampir setiap peringkat umur menyambutnya sama ada peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, universiti dan juga orang yang bekerja. Namun berapa kerat orangkah yang mengetahui bagaimana sejarah sambutan hari kekasih ini??(kebanyakannya hanya sambut buta2 ja)

Sebenarnya sambutan hari kekasih ini diasaskan oleh Ratu Sepanyol atas sebab yang jelas, iaitu kejatuhan kerajaan Islam di Cordova. Tamadun Islam di Sepanyol telah berjaya ditumbangkan dan antara yang banyak menyumbang dalam kejatuhan kerajaan ini ialah seorang paderi Kristian yang bernama St. Valentine.So, ratu tersebut dan rakyatnya begitu sayang pada paderi tadi sampai dianggap sebagai kekasih.(cukup la 2 aku crita bab sejarah,ak sendiri pown ngantok klau panjang2)

Jadi CELIKKAN MATA HATI korang, takkan korang tak boleh paham lagi yang sambutan ni sebenarnya bertentangan dengan syariat Islam. Aku tak kisah kalau korang nak kata aku JUMUD sebab bukan aku sorang yang kata. Jabatan mufti pown telah menjatuhkan hukum haram atas sambutan Hari Kekasih nie sejak tahun 2007 lagi(mengikut khutbah jumaat yang aku dengar la)

Jom kita buat perubahan untuk merubah perspektif orang ramai terhadap hari ini. Apa kata lepas ni jika ada orang bertanya kita macam soalan di atas, kita jawab je hari kejatuhan Islam di Cordova. Walaupun benda nie nampak kecil,lama kelamaan perspektif masyarakat boleh berubah terhadap 14 Feb, dan lebih sempoi kalau dapat terus melupakan istilah hari kekasih. Walaupun usaha nie nampak kecil, tapi at least kita try ye tak. So selamat berubah!!!!!

PS: Teringat kisah burung pipit dalam kisah nabi Ibrahim.






Khamis, 5 Februari 2009

LANGKAH PERTAMA

"Setiap kejayaan yang gemilang, pasti dimulai dengan permulaan yang cemerlang,"kata-kata yang menjadi prinsip yang sukar dilakukan(setakat guna air liur memang senang,sapa pown tau ye x?). Sepertimana hendak menulis esei, pendahuluan memang membuat kita melengung* dalam dewan peperiksaan kerana itu merupakan pantulan kematangan keseluruhan esei tersebut.




Dah dekat seminggu blog nie dibuat namun hari ni baru bleh hantar post.oklah tak nak cakap banyak2,apa2 pon selamat datang buat anda.



*termenung dalam loghat utara.