Isnin, 27 April 2009

Napa Banyak Sangat???

Adakah korang perasan yang entri yang terhasil dalam sejak dua menjak nie boleh dikatakan 'banyak'.Apakah yang berlaku sehingga boleh tercetusnya sebilangan idea sebagaimana terpancutnya lahar dari kawah gunung berapi???Semestinya syukur dipanjatkan pada tuhan kerana menyalurkan ilham untuk berkarya walaupun tangan ini agak kekok dan keras,namun jawapan yang lebih pada 'sabab dan musabab'nya ialah lapangnya masa dan ketiadaan benda berfaedah untuk dilakukan.Berbalik pada entri yang lalu iaitu Sinar Harapan,walaupun saya tahu anda tidak terlintas untuk bertanya namun dengan selamber dan muka control machonya saya menjawab saya sudah lulus dalam peperiksaan wiring walaupun dengan markah kesian.(janji saya lulus,hehehehe).

Jadi ini adalah beberapa keping gambar yang sempat diambil sebagai kenang-kenangan kami bersama walaupun tak semua muka yang interframe. Setelah tiga bulan mengharungi kekacauan jiwa,mengadap daun terup bermain pakau,berluka sana sini bermain wayar,saling caci memaki hamun,berebut-rebut makanan,mengutuk mengata dan sebagainya.Thanks suma,mintak halal makan minum kredit spare-part dan terima kasih atas tunjuk ajar yang diberikan.

Silau mata den



Ketua asrama dan lagu kegemarannya

Jangan la cakap kuat2





Sedikit video untuk tontonan,hehehe...jangan saman saya ye,saya orang susah.....


Aktiviti Di Dalam Kelas


2 ulasan: