Ahad, 26 April 2009

Santai Sebentar...(credit to N-click untuk pictures and entri ini spesel buat anda)

Hujan turun dengan lebatnya ketika saya dan seorang kawan tiba di Anugerah Damai,rumah salah seorang kawan kami yang terletak di Jitra tetapi saya tak boleh menerangkan lagi secara spesifik kerana keadaan hari yang semakin gelap dan cuaca yang muram.(takziah kepada saudara saya yang tinggal di Anugerah Damai atas pemergian ayahandanya tercinta; Al-Fatihah.).Kami singgah di situ kerana ingin menuntut sekeping kertas berwarna kuning keemasan yang menjadi kayu ukur akan kebolehan seseorang pada zaman sekarang.(lu pikir la sendiri pe benda tuh).Sedang kami berbual di ruang tamu,tiba-tiba terpacul dari mulut salah seorang daripada kami cadangan untuk pergi berkelah. Saya sebagai musafir pada waktu itu tidak memberikan sebarang keputusan kerana perjalanan saya agak terbatas ketika berada di 'bumi asing' yang suatu ketika dulu saya amat arif tentang pelan dan koordinasinya. Maka kami memutuskan untuk ke pusat peranginan yang terletak di Yan, iaitu Titi Hayun.

Setelah panjang bermukadimah,maka da tak larat nak tulih ayat skema.(hehehehe......).Kiranya trip ke Kedah kali nie tidak membosankan walaupun hati agak sedikit terguris pada mulanya.(syhhh.... itu rahsia dan mungkin akan diulas pada entri yang mendatang).Antara yang terlibat dalam ekspedisi ini ialah,Sifu addmath,Irfan.Tuan YB,Harith,N-click,Zuhail,Firdaus dan Muaz. Walaupun pada perancangannya lebih ramai yang akan turut serta,tetapi atas kesulitan yang tak dapat dielakkan,Hanya yang dinyatakan di atas sahaja yang meneruskan misi dengan menaiki kenderaan MP-V Toyota Avanza(credits to Irfan n his father sebab sponsor kereta untuk trip nie,walaupun berlaku perkara yang tak diingini pada penghujung perjalanan.Irfan jangan serik ye!!!)Disertakan beberapa foto yang diambil oleh Harith dan Muaz yang lambat berkubang kerana asyik melayan keindahan panorama sekeliling.

Walaupun 'Twisties' menghiasi foto,diingatkan tiada penajaan yang dilakukan oleh syarikat makanan ringan tersebut

Oppp...jangan 'tetomoih' sudah



kesejukan air menjadikan medulla oblongata dan kawasan sekitarnya tak berfungsi dengan baik menyebabkan berlakunya pergerakan di luar kawalan apabila terkena pancaran flash kamera


Walau apapon yang berlaku,posing tetap posing.
Ps:Terkejut beruk kami apabila kenderaan yang kami naiki mengalami masalah di tengah jalan,ditambah dengan hujan lebat dan yang paling tak tahan ialah,kelihatan beberapa orang pelajar sekolah yang bertudung labuh sedang tersenyum-senyum malu.Dalam hati aku tertanya-tanya"diorang senyum kat aku ke???"

3 ulasan:

  1. dalam hati aku tertanya-tanya "diorang senyum kat aku ke???"

    hohho.yeah la tu kot.mcm best je. xD

    BalasPadam
  2. tu tak menunjukkan best,tap menunjukkan pelajar2 tue sedang perli kitaorang.hehehehehe.....

    BalasPadam
  3. N_CLICK BERKATA
    sejak bila ko master kaw kp (JITRA) plak

    BalasPadam