Memaparkan catatan dengan label Seni. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Seni. Papar semua catatan

Sabtu, 25 April 2009

Pilu Hatiku...

Setelah sakit hati dan jari jemari memetik tali-tali gitar yang menyumbangkan irama membingitkan suasana rumah,saya rasa saya memerlukan rehat.Baru sebentar tadi saya tune gitar menggunakan tuner(saya budak baru jadi tak pandai untuk tune gitar guna telinga) namun gubahan lagu yang terhasil amat menyerabutkan otak(Ya tuhan berilah aku kekuatan untuk mempelajari cabang seni ini).Seperti yang tertera pada moto page ini,memang saya hanya layak bergelar pencinta seni dari menjadi orang seni kerana kemampuanku tak seberapa even untuk mencapai tahap bayang orang-orang seni pun belum tentu.Macam langit dan bumi.Jadi saya pon melayari laman web pilihan ramai,Youtube untuk mencari ketenangan dan ilham. Al-kisahnya saya ingin berkongsi lagu tersebut dengan anda. Maaf jika anda perasan yang saya sering dan mungkin akan memutarkan lagu Retro dalam beberapa entri,ini kerana saya meminati lagu yang bukan pada zaman saya.Saya juga susah untuk meminati sesebuah lagu baru tapi ini tak bermakna saya tak mengikuti perkembangan industri musik kini.Jadi layan aje lah apa yang disajikan;

Hanya Segenggam Setia

Jumaat, 24 April 2009

Selagi ada rindu....


Sebentar tadi sewaktu mata masih lagi kuyu kerana baru bangun tidor,tangan menggapai alat kawalan jauh televisyen lalu menekan punat no 9.Tertera gambar seorang lelaki sedang menyanyikan lagu Cinta Pantai Merdeka,Ya aku kenal dia.Dia amat dikenali dengan panggilan Pak long yang menyanyikan lagu Selagi Ada Rindu(berapa lama asyik dengar lagu nie berulang-ulang kali dulu) dan pencipta lagu Cinta Pantai Merdeka dan Al-Jannah nyanyian Mawi.Kemudian setelah lagu berkumandang,kamera segera difokuskan kembali kepada Aziz Desa dan beliau menceritakan serba sedikit latar belakang Pak Long.Dan lebih mengejutkan dia adalah Ex-Maahadian(sori la aku memang bersemangat bab-bab sekolah nie).Tak sangka aku Maahadian ada yang berjaya dalam seni suara nie,maksud aku dalam aliran selain nasyid.Over all,Wish U all Da Best Pak Long!!!!!!!!!



Selasa, 21 April 2009

Menyusun sepuluh jari...

Merujuk entri yang lalu,minta maaf kerana melibatkan sesuatu yang peribadi kepada anda pembaca. Entri tersebut dilakukan dalam keadaan emosi kacau bilau disebabkan oleh berbagai-bagai perkara yang menimpa sejak akhir-akhir ini.

Juga saya ingin meminta maaf kerana tiada entri baru yang dihasilkan kerana saya dalam proses pembelajaran dalam dunia "blog" ini. Selain itu saya juga maseh mencari identiti yang tersendiri serta konsep yang sesuai untuk berkarya dalam medium yang menjadi kegilaan ramai,seperti mana yang anda maklum,entri yang dihasilkan banyak menyimpang dari konsep asal page ini.
jadi,saya perlukan mas auntuk mencari kekuatan dan ketenangan diri di samping menghasilkan karya-karya yang memberikan manfaat pada kita semua.Akhirul kalam,sila beri pendapat anda tentang kekurangan dan kelemahan yang perlu diperbaiki dan cadangan serta kritikan yang membina bagi saya meneruskan perjuangan.

Salam Dariku

BONZAI

Isnin, 6 April 2009

DALAm HatI Aku



satu lagi Contengan yang menunjukkan kekacauan jiwa.

Rabu, 18 Mac 2009

H.A.C.K.S










Kereta Honda civic meluncur dengan lajunya di atas jalan raya selepas lampu isyarat bertukar warna melintasi Medan Gopeng,stesen bas ekspress yang setiasa sibuk dengan kebanjiran bas yang tiba dari utara dan selatan tanah air. Lidahku ligat memutar- mutar cokelat yang aku kemam di dalam mulut sambil tanganku membelek-belek plastik cokelat itu. Hmm....H.A.C.K.S. antara huruf rumi yang tertera atasnya. Bagai lampu filamen berkuasa 100W bernyala di atas kepala, aku lantas mengeluarkan Sony Ericsson T250i ku dan menekan punat kamera untuk menangkap gambar.


Setelah tepat posisi,maka satu karya seni telah tercipta(walaupun tak cantik ). Tanpa memikirkan kesan dan akibat yang akan berlaku, aku menghantar gambar tersebut melalui picture message kepada seseorang yang bernama Nurul yang sedia ada namanya ku abadikan dalam talifon bimbitku. Harapannya satu agar dia paham akan maksud aku yang selama ini ikhlas dan aku pasti dengan keputusan aku. Ya, hampir 11 tahun aku menunggu jawapan dan dalam tempoh itu juga aku memendam rasa yang menyesakkan dada.Bak kata orang mat salleh,crush la. Terlalu lama aku menunggu jawapan dan terlalu lama juga aku bermain perasaan. Kini aku ibarat Aryon yang cinta gila akan si Kartini, sehingga sanggup menghasilkan karya agung untuk mengabadikan Kartini sebagaimana mana dilakukan oleh Shah Jahan kepada Mumtaznya.



Setelah tiba di rumah,sekujur tubuh longlai aku hempaskan atas katil yang bersaiz sederhana. Letih betul seharian memerah otak dan keringat dalam mengejar ilmu dan kemahiran yang yang akan menjadi bekalan pada masa hadapan.(harap semua orang tahu apa aku lakukan sekarang,sila lihat entri sinar harapan). Aku mengerling ke arah skrin talifon bimbitku. Hampa. Tiada balasan yang aku terima. Mataku tertumpu pada siling sambil akalku ditujah oleh beribu-ribu persoalan yang tak mampu aku jawab.Akhirnya aku teringat macam mana semua ini bermula.......lebih kurang 10 tahun yang lalu..........
PS: Nantikan kemunculan kisah cinta lagenda antara Aryon dan Kartini dalam Kartini yang telah dicetak semula.untuk mengikuti perkembangan En Aryon klik sini.

Khamis, 26 Februari 2009

Layan Jer Lagu nie

Korank paham tak???gasak la paham ker tak,yang penting dia punya clip bleh layan la gak,hehehehehe....

Rabu, 25 Februari 2009

Sempoi Betol

Seorang lelaki Dallas yang menurut polis mabuk seharian, sebelum memaksa anak lelakinya berusia 6 tahun menembaknya di kepala.Mati akibat kecederaannya semalam, lapor jurucakap hospital. Ronald Moore 42 ditembak di kepala ,Pada hari Easter Ahad laluApabila dia mengarahkan budak itu mengacu pistol.22 ke kepalanya dan menarik picunya, kata polis Dallas. Keluarga lelaki itu memberitahu polis, Moore menjadi kecewa
dan agresif, selepas meminum arak vodka hampir seharian, budak lelaki itu dan abangnya berusia 11 tahun sedang bermain di rumah Apabila Moore mendekati mereka, nama kanak-kanak itu tidak didedahkan.
Dengar kata lagu nie diambil dari keratan akhbar. Kalau betul la cita nie,senang la kalau nak wat lirik,Sempoi sungguh.
PS: Cerita nie diperolehi dari sumber yang tak pasti kalau ada sesiapa yang tahu cerita sebenar gitau la.