Rabu, 18 Mac 2009

H.A.C.K.S










Kereta Honda civic meluncur dengan lajunya di atas jalan raya selepas lampu isyarat bertukar warna melintasi Medan Gopeng,stesen bas ekspress yang setiasa sibuk dengan kebanjiran bas yang tiba dari utara dan selatan tanah air. Lidahku ligat memutar- mutar cokelat yang aku kemam di dalam mulut sambil tanganku membelek-belek plastik cokelat itu. Hmm....H.A.C.K.S. antara huruf rumi yang tertera atasnya. Bagai lampu filamen berkuasa 100W bernyala di atas kepala, aku lantas mengeluarkan Sony Ericsson T250i ku dan menekan punat kamera untuk menangkap gambar.


Setelah tepat posisi,maka satu karya seni telah tercipta(walaupun tak cantik ). Tanpa memikirkan kesan dan akibat yang akan berlaku, aku menghantar gambar tersebut melalui picture message kepada seseorang yang bernama Nurul yang sedia ada namanya ku abadikan dalam talifon bimbitku. Harapannya satu agar dia paham akan maksud aku yang selama ini ikhlas dan aku pasti dengan keputusan aku. Ya, hampir 11 tahun aku menunggu jawapan dan dalam tempoh itu juga aku memendam rasa yang menyesakkan dada.Bak kata orang mat salleh,crush la. Terlalu lama aku menunggu jawapan dan terlalu lama juga aku bermain perasaan. Kini aku ibarat Aryon yang cinta gila akan si Kartini, sehingga sanggup menghasilkan karya agung untuk mengabadikan Kartini sebagaimana mana dilakukan oleh Shah Jahan kepada Mumtaznya.



Setelah tiba di rumah,sekujur tubuh longlai aku hempaskan atas katil yang bersaiz sederhana. Letih betul seharian memerah otak dan keringat dalam mengejar ilmu dan kemahiran yang yang akan menjadi bekalan pada masa hadapan.(harap semua orang tahu apa aku lakukan sekarang,sila lihat entri sinar harapan). Aku mengerling ke arah skrin talifon bimbitku. Hampa. Tiada balasan yang aku terima. Mataku tertumpu pada siling sambil akalku ditujah oleh beribu-ribu persoalan yang tak mampu aku jawab.Akhirnya aku teringat macam mana semua ini bermula.......lebih kurang 10 tahun yang lalu..........
PS: Nantikan kemunculan kisah cinta lagenda antara Aryon dan Kartini dalam Kartini yang telah dicetak semula.untuk mengikuti perkembangan En Aryon klik sini.

3 ulasan:

  1. wow.u wrote this?bahasa sangat dramatis.bercita cita nak jadi novelist ya? :)

    BalasPadam
  2. ini novel ka pa? cerita peribadi?

    BalasPadam
  3. walawe.................
    wewits...:)
    haa..
    nie mcm kesah sndri ja~
    ahakz~
    haha~
    tahniah bro..
    bhsa anda sngt best!~
    weeeeeeee!~

    BalasPadam