Khamis, 26 Februari 2009

Layan Jer Lagu nie

Korank paham tak???gasak la paham ker tak,yang penting dia punya clip bleh layan la gak,hehehehehe....

Rabu, 25 Februari 2009

Sempoi Betol

Seorang lelaki Dallas yang menurut polis mabuk seharian, sebelum memaksa anak lelakinya berusia 6 tahun menembaknya di kepala.Mati akibat kecederaannya semalam, lapor jurucakap hospital. Ronald Moore 42 ditembak di kepala ,Pada hari Easter Ahad laluApabila dia mengarahkan budak itu mengacu pistol.22 ke kepalanya dan menarik picunya, kata polis Dallas. Keluarga lelaki itu memberitahu polis, Moore menjadi kecewa
dan agresif, selepas meminum arak vodka hampir seharian, budak lelaki itu dan abangnya berusia 11 tahun sedang bermain di rumah Apabila Moore mendekati mereka, nama kanak-kanak itu tidak didedahkan.
Dengar kata lagu nie diambil dari keratan akhbar. Kalau betul la cita nie,senang la kalau nak wat lirik,Sempoi sungguh.
PS: Cerita nie diperolehi dari sumber yang tak pasti kalau ada sesiapa yang tahu cerita sebenar gitau la.


Ahad, 22 Februari 2009

Oooo...Di bulan Februari......

Entri kali nie dikategorikan dalam isu semasa,sebab tentang bulan Feb.Actually ramai orang birthday bulan nie.tap aku sampai tak menang tangan untuk ucapkan kepada korang(alasan yang tak kukuh,hehehehe).Sori OK.So ini khas untuk korang.Ibuku tercinta,kekawan aku Thohier,Badrul,Syuhada,Syed dan suma yang lahir dalam bulan nie.SELAMAT HARI LAHIR.....

Ps: Kek tu kerat la sorang sikit,hehehehe....

Sinar Harapan......

Sementara tengah tunggu keputusan periksa, ramai kawan-kawan aku yang ambik keputusan untuk bekerja.Tapi aku dengan selambernya pergi sambung belajar lagi,kursus kemahiran plak tu. Geng aku da juga tanya "Dah tak sabar-sabar nak pi sekolah balik ka???" sebab klas nie pown 5 kali sehari(mmg macam skolah jugak jadinya) dan dianjurkan oleh CIDB di Institut Pentadbiaran Bitara,Ipoh.

Awal-awal nak apply kelas nie saspen gak la sebab aku memang tak de pengalaman langsung bab2 letrik nie,habis tau pown tukar tiup lampu kalimantang jer(hehehehe).Tapi lepas sebulan blajar kat sini dan telah buat beberapa projek baru aku sedar,Dalam wiring nie tersirat seribu satu hikmah untuk orang yang nak berfikir.

Dengan wayar yang memang menyerabutkan pala otak,memang terbakar jugak hati aku(actually aku nie *perongoih skit orgnya).Mau tak mau terpaksa jugak aku 'menyabarkan' diri. Nampak macam senang,tapi kalau tak belajar cara betul memang susah. Kat sini jugak kami hidup macam satu keluarga yang besar,saling menolong dan bekerjasama(benda yang paling penting sekali dalam rancangan Wonderpet,hehehehe).Letih dan panas jadi permainan kami untuk siapkan kerja.Dan yang paling sempoi ialah penamatnya,iaitu bila projek diuji.Setiap kali mentol tu menyala,cahayanya bagaikan SINAR HARAPAN untuk aku meneruskan projek aku yang seterusnya lantas melenyapkan segala resah dan lelah.Macam tu jugak lah kehidupan kita, langit tak sentiasa mendung.......

*Panas Baran dalam loghat utara semenanjung

Selasa, 17 Februari 2009

Seiring dan Sejalan

Sketsa yang berlaku dalam kehidupan, namun semakin berkurangan sejak pendedahan tentang hukum sambutannya. Alhamdulillah kebanyakkan stesen tv sudah tidak memberi penekanan dalam menyambut sambutan ini

Tapi ada juga stesen televisyen yang masih tak makan saman.Jadi untuk menghilangkan istilah ini dalam kehidupan masyarakat kita, mereka sepatutnya tidak memfokuskan langsung pasal sambutan ini sebagai mana beberapa sambutan perayaan yang tidak dihighlightkan oleh media(pikir la sendiri,da banyak la jugak).Seharusnya stesen tv kita hendaklah seiring dan sejalan dengan prinsip negara kita yang menjadikan agama Islam sebagai teras dalam pentadbiran(ye ker negara kita macam 2???). Jadi seiring sejalan kah kita????

Ps: teringat nyanyian kartunis Jackall dalam telemovie isu bumper posa,heheheheh...)



Ahad, 15 Februari 2009

14 FEBRUARI...Anda mampu mengubahnya!

14 Februari 2009,Dalam kelas 4 Ikhlas.

murid 1: Eh,hari nie 14 haribulan februari kan??

murid 2: Ye la,napa hang nampak excited nie???

murid 1: Hang tau tak ari nie hari apa???

murid 2: Tau! Hari kejatuhan kerajaan Islam di Cordova.

murid 1: Erk.....(lidah terkelu)


14 Feb memang ditunggu-tunggu setiap tahun kerana kononnya hari inilah merupakan hari kekasih. Hampir setiap peringkat umur menyambutnya sama ada peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, universiti dan juga orang yang bekerja. Namun berapa kerat orangkah yang mengetahui bagaimana sejarah sambutan hari kekasih ini??(kebanyakannya hanya sambut buta2 ja)

Sebenarnya sambutan hari kekasih ini diasaskan oleh Ratu Sepanyol atas sebab yang jelas, iaitu kejatuhan kerajaan Islam di Cordova. Tamadun Islam di Sepanyol telah berjaya ditumbangkan dan antara yang banyak menyumbang dalam kejatuhan kerajaan ini ialah seorang paderi Kristian yang bernama St. Valentine.So, ratu tersebut dan rakyatnya begitu sayang pada paderi tadi sampai dianggap sebagai kekasih.(cukup la 2 aku crita bab sejarah,ak sendiri pown ngantok klau panjang2)

Jadi CELIKKAN MATA HATI korang, takkan korang tak boleh paham lagi yang sambutan ni sebenarnya bertentangan dengan syariat Islam. Aku tak kisah kalau korang nak kata aku JUMUD sebab bukan aku sorang yang kata. Jabatan mufti pown telah menjatuhkan hukum haram atas sambutan Hari Kekasih nie sejak tahun 2007 lagi(mengikut khutbah jumaat yang aku dengar la)

Jom kita buat perubahan untuk merubah perspektif orang ramai terhadap hari ini. Apa kata lepas ni jika ada orang bertanya kita macam soalan di atas, kita jawab je hari kejatuhan Islam di Cordova. Walaupun benda nie nampak kecil,lama kelamaan perspektif masyarakat boleh berubah terhadap 14 Feb, dan lebih sempoi kalau dapat terus melupakan istilah hari kekasih. Walaupun usaha nie nampak kecil, tapi at least kita try ye tak. So selamat berubah!!!!!

PS: Teringat kisah burung pipit dalam kisah nabi Ibrahim.






Khamis, 5 Februari 2009

LANGKAH PERTAMA

"Setiap kejayaan yang gemilang, pasti dimulai dengan permulaan yang cemerlang,"kata-kata yang menjadi prinsip yang sukar dilakukan(setakat guna air liur memang senang,sapa pown tau ye x?). Sepertimana hendak menulis esei, pendahuluan memang membuat kita melengung* dalam dewan peperiksaan kerana itu merupakan pantulan kematangan keseluruhan esei tersebut.




Dah dekat seminggu blog nie dibuat namun hari ni baru bleh hantar post.oklah tak nak cakap banyak2,apa2 pon selamat datang buat anda.



*termenung dalam loghat utara.