Ahad, 22 Februari 2009

Sinar Harapan......

Sementara tengah tunggu keputusan periksa, ramai kawan-kawan aku yang ambik keputusan untuk bekerja.Tapi aku dengan selambernya pergi sambung belajar lagi,kursus kemahiran plak tu. Geng aku da juga tanya "Dah tak sabar-sabar nak pi sekolah balik ka???" sebab klas nie pown 5 kali sehari(mmg macam skolah jugak jadinya) dan dianjurkan oleh CIDB di Institut Pentadbiaran Bitara,Ipoh.

Awal-awal nak apply kelas nie saspen gak la sebab aku memang tak de pengalaman langsung bab2 letrik nie,habis tau pown tukar tiup lampu kalimantang jer(hehehehe).Tapi lepas sebulan blajar kat sini dan telah buat beberapa projek baru aku sedar,Dalam wiring nie tersirat seribu satu hikmah untuk orang yang nak berfikir.

Dengan wayar yang memang menyerabutkan pala otak,memang terbakar jugak hati aku(actually aku nie *perongoih skit orgnya).Mau tak mau terpaksa jugak aku 'menyabarkan' diri. Nampak macam senang,tapi kalau tak belajar cara betul memang susah. Kat sini jugak kami hidup macam satu keluarga yang besar,saling menolong dan bekerjasama(benda yang paling penting sekali dalam rancangan Wonderpet,hehehehe).Letih dan panas jadi permainan kami untuk siapkan kerja.Dan yang paling sempoi ialah penamatnya,iaitu bila projek diuji.Setiap kali mentol tu menyala,cahayanya bagaikan SINAR HARAPAN untuk aku meneruskan projek aku yang seterusnya lantas melenyapkan segala resah dan lelah.Macam tu jugak lah kehidupan kita, langit tak sentiasa mendung.......

*Panas Baran dalam loghat utara semenanjung

1 ulasan:

  1. Hahaha best je baca entri ni weh.Wonderpet.Apa yang penting?KERJASAMA! :d

    BalasPadam