Ahad, 15 Februari 2009

14 FEBRUARI...Anda mampu mengubahnya!

14 Februari 2009,Dalam kelas 4 Ikhlas.

murid 1: Eh,hari nie 14 haribulan februari kan??

murid 2: Ye la,napa hang nampak excited nie???

murid 1: Hang tau tak ari nie hari apa???

murid 2: Tau! Hari kejatuhan kerajaan Islam di Cordova.

murid 1: Erk.....(lidah terkelu)


14 Feb memang ditunggu-tunggu setiap tahun kerana kononnya hari inilah merupakan hari kekasih. Hampir setiap peringkat umur menyambutnya sama ada peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, universiti dan juga orang yang bekerja. Namun berapa kerat orangkah yang mengetahui bagaimana sejarah sambutan hari kekasih ini??(kebanyakannya hanya sambut buta2 ja)

Sebenarnya sambutan hari kekasih ini diasaskan oleh Ratu Sepanyol atas sebab yang jelas, iaitu kejatuhan kerajaan Islam di Cordova. Tamadun Islam di Sepanyol telah berjaya ditumbangkan dan antara yang banyak menyumbang dalam kejatuhan kerajaan ini ialah seorang paderi Kristian yang bernama St. Valentine.So, ratu tersebut dan rakyatnya begitu sayang pada paderi tadi sampai dianggap sebagai kekasih.(cukup la 2 aku crita bab sejarah,ak sendiri pown ngantok klau panjang2)

Jadi CELIKKAN MATA HATI korang, takkan korang tak boleh paham lagi yang sambutan ni sebenarnya bertentangan dengan syariat Islam. Aku tak kisah kalau korang nak kata aku JUMUD sebab bukan aku sorang yang kata. Jabatan mufti pown telah menjatuhkan hukum haram atas sambutan Hari Kekasih nie sejak tahun 2007 lagi(mengikut khutbah jumaat yang aku dengar la)

Jom kita buat perubahan untuk merubah perspektif orang ramai terhadap hari ini. Apa kata lepas ni jika ada orang bertanya kita macam soalan di atas, kita jawab je hari kejatuhan Islam di Cordova. Walaupun benda nie nampak kecil,lama kelamaan perspektif masyarakat boleh berubah terhadap 14 Feb, dan lebih sempoi kalau dapat terus melupakan istilah hari kekasih. Walaupun usaha nie nampak kecil, tapi at least kita try ye tak. So selamat berubah!!!!!

PS: Teringat kisah burung pipit dalam kisah nabi Ibrahim.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan