Ahad, 22 Mac 2009

Takkan sirna dari ingatan ku.....




Seperti yang dapat dilihat dalam gambar di atas, kehadiran tetamu undangan ke majlis makan malam 5 Abu Bakar 2008 mmg kurang memuaskan tetapi suasana di sana tak kurang meriahnya.(cukup ayat skema takat tuh...)

Makan malam nie dirancang dalam keadaan last minute sebab terfikirkan nasib duit kelas yang bagaikan PSP dihijung bucu meja dalam tangan bendahari maka jawatankuasa kelas pown lantas mencari jalan alternatif untuk memperhabiskan semuanya.Ternyata benar kata peribahasa mat salleh"last minute makes perfect",majlis ini telah berjalan dengan lancar dan menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh ISO. Dengan kehadiran beberapa muallim dan muallimah,dan diserikan lagi dengan kehadiran dua beradik yang menjadi MC pada malam itu(jangan saman saya ye,saya orang susah,hehehe) kelihatan semua tetamu terhibur dengan majlis yang dianjurkan.



MC yang petah mengungkapkan bait indah,Hardy n Pqah



Reaksi Pelajar Banin dan Banat yang sempat diambil






Berposing sakan bersama ayahanda mudir terchenta



Di sini saya sertakan komen-komen daripada tetamu yang hadir di majlis tersebut.
Encik Izhar seorang tetamu merangkap penghibur di majlis malam itu berkata:" Saya patut mendapat royalti yang lebih sebab memberikan tepukan yang paling gemuruh dalam kalangan tetamu yang hadir".Encik mat pula enggan untuk ditemuramah kerana katanya beliau sudah terlewat untuk menonton rancangan kegemarannya di televisyen manakala Encik Affendi lantas tesenyum sambil mengangkat cawan yang diberikan dan berkata:"Yea2 cawan aku yng paling cantek".Terima kasih kepada anda semua yang memberikan kerjasama dalam sesi menemuramah ini dan sebagai kenang-kenangan penulis telah bergambar dengan mereka bertiga.










Rabu, 18 Mac 2009

Meja Sapa La nie???




Maka di sini jelas la favourite author aku ialah Ramlee Awang Murshid dan kartunis yang aku minati ialah Tembakau.tu la satu-satunya ghertaaku yang berharga,T250i,heheheehe. Pasal majalah tu jagan salah anggap. Ni gambar tahun lepas sebab tu la ada kalkulator skali atas meja.

H.A.C.K.S










Kereta Honda civic meluncur dengan lajunya di atas jalan raya selepas lampu isyarat bertukar warna melintasi Medan Gopeng,stesen bas ekspress yang setiasa sibuk dengan kebanjiran bas yang tiba dari utara dan selatan tanah air. Lidahku ligat memutar- mutar cokelat yang aku kemam di dalam mulut sambil tanganku membelek-belek plastik cokelat itu. Hmm....H.A.C.K.S. antara huruf rumi yang tertera atasnya. Bagai lampu filamen berkuasa 100W bernyala di atas kepala, aku lantas mengeluarkan Sony Ericsson T250i ku dan menekan punat kamera untuk menangkap gambar.


Setelah tepat posisi,maka satu karya seni telah tercipta(walaupun tak cantik ). Tanpa memikirkan kesan dan akibat yang akan berlaku, aku menghantar gambar tersebut melalui picture message kepada seseorang yang bernama Nurul yang sedia ada namanya ku abadikan dalam talifon bimbitku. Harapannya satu agar dia paham akan maksud aku yang selama ini ikhlas dan aku pasti dengan keputusan aku. Ya, hampir 11 tahun aku menunggu jawapan dan dalam tempoh itu juga aku memendam rasa yang menyesakkan dada.Bak kata orang mat salleh,crush la. Terlalu lama aku menunggu jawapan dan terlalu lama juga aku bermain perasaan. Kini aku ibarat Aryon yang cinta gila akan si Kartini, sehingga sanggup menghasilkan karya agung untuk mengabadikan Kartini sebagaimana mana dilakukan oleh Shah Jahan kepada Mumtaznya.



Setelah tiba di rumah,sekujur tubuh longlai aku hempaskan atas katil yang bersaiz sederhana. Letih betul seharian memerah otak dan keringat dalam mengejar ilmu dan kemahiran yang yang akan menjadi bekalan pada masa hadapan.(harap semua orang tahu apa aku lakukan sekarang,sila lihat entri sinar harapan). Aku mengerling ke arah skrin talifon bimbitku. Hampa. Tiada balasan yang aku terima. Mataku tertumpu pada siling sambil akalku ditujah oleh beribu-ribu persoalan yang tak mampu aku jawab.Akhirnya aku teringat macam mana semua ini bermula.......lebih kurang 10 tahun yang lalu..........
PS: Nantikan kemunculan kisah cinta lagenda antara Aryon dan Kartini dalam Kartini yang telah dicetak semula.untuk mengikuti perkembangan En Aryon klik sini.