Selasa, 21 April 2009

Menyusun sepuluh jari...

Merujuk entri yang lalu,minta maaf kerana melibatkan sesuatu yang peribadi kepada anda pembaca. Entri tersebut dilakukan dalam keadaan emosi kacau bilau disebabkan oleh berbagai-bagai perkara yang menimpa sejak akhir-akhir ini.

Juga saya ingin meminta maaf kerana tiada entri baru yang dihasilkan kerana saya dalam proses pembelajaran dalam dunia "blog" ini. Selain itu saya juga maseh mencari identiti yang tersendiri serta konsep yang sesuai untuk berkarya dalam medium yang menjadi kegilaan ramai,seperti mana yang anda maklum,entri yang dihasilkan banyak menyimpang dari konsep asal page ini.
jadi,saya perlukan mas auntuk mencari kekuatan dan ketenangan diri di samping menghasilkan karya-karya yang memberikan manfaat pada kita semua.Akhirul kalam,sila beri pendapat anda tentang kekurangan dan kelemahan yang perlu diperbaiki dan cadangan serta kritikan yang membina bagi saya meneruskan perjuangan.

Salam Dariku

BONZAI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan